Bola
sepak adalah permainan yang sangat popular di Malaysia. umum mengetahui
bahawa bola sepak adalah permainan yang paling disukai oleh rakyat
Malaysia terutamanya lelaki. sejak di bangku sekolah lagi,anak-anak muda
telah diasah bakat mereka dalam permainan bola sepak. bola sepak adalah
sukan yang dapat mengeratkan sialturrahim antara pemain,jurulatih dan
penyokong. pasukan bola sepak Malaysia pernah mengalami kerunduman semasa
awal tahun 2000-an. kemenangan pasukan Harimau Malaya semasa Piala
Suzuki AFF pada tahun 2010 menjadi titik tolak kebangkitan bola sepak di
Malaysia.
seterusnya,Piala Sukan Sea yang dimenangi pada tahun 2011
melonjakkan lagi pasukan bola sepak Malaysia. kemunculan semula gergasi
bola sepak Malaysia yang pernah mengalami kejatuhan iaitu Johor Darul
Takzim semakin menyemarakkan lagi semangat penonton untuk menyokong
pasukan yang mereka minati. Saingan oleh beberapa pasukan hebat dari
negeri-negeri lain seperti Kedah FC,Pahang FC,Felda United FC dan
Selangor FC semakin meningkatkan jumlah peminat dan penyokong tegar
sesebuah pasukan. hari ini,bola sepak telah menjadi satu permainan yang
seolah-olah wajib diketahui dan difahami oleh semua orang. oleh itu,mari
kita kenali sejarah bola sepak Malaysia.
Sejarah
bola sepak di Malaysia bermula dengan tertubuhnya Persatuan Bola Sepak Malaysia
atau Pasukan bola
sepak kebangsaan Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 1920
dengan pimpinan Andrew Caldecott, gabenor Hong Kong dari 1935
hingga 1937. Sejak detik itu, aktiviti bola sepak semakin kerap
digerakkan oleh FAM dan semakin
banyak rakyat yang gemar bermain bola sepak di dataran tempat Piala HMS Malaya (kini Piala Malaysia) dianjurkan. Sebagai bentuk sokongan terhadap
kebangkitan "Bola Sepak Kebangsaan", maka Stadium Nasional Bukit Jalil
akhirnya dibangun pada tahun 1993 sehingga 1998
dan dibuka pada tahun 1998 sempena Sukan Komanwel 1998 yang
telah memperhebat dunia bola sepak di Malaysia.
20
tahun selepas Andrew Caldecott meninggal
dunia pada 1951, banyak pemain pasukan Malaysia
yang mewakili Malaysia dalam kejohanan antarabangsa. Mereka ialah Mokhtar Dahari (pemain terbaik di Asia dan pemenang bola emas AFC),
Hassan Sani, Isa Bakar, dan James Wong.
Semenjak
tahun 1970-an, prestasi bola sepak di Malaysia boleh dicakap telah mencapai
kemuncak, dalam erti bahawa bola sepak di Malaysia merupakan bola sepak yang berkuasa tahap pertama di Asia
dan tahap lima dunia. Manakala, negara-negara pada wilayah Asia Timur seperti Korea Selatan dan Jepun boleh dicakap "t(id)ak memiliki
prestasi apapun dalam dunia bola sepak".
Allahyarham
Mokhtar Dahari (1953-1991)
ialah pemain terbaik di Asia dan pemenang bola emas AFC.
Beliau ialah bekas penyerang pasukan Malaysia yang sangat terkenal di Asia,
yang telah memperhebat dunia bola sepak di Malaysia.
Tambahan
lagi, Hassan Sani "si Lipas Kudung" pun telah menolong James Wong menjaringkan gol kedua yang membawa Malaysia memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980.
Bagi
kali pertama, Malaysia telah memenangi Piala Suzuki AFF 2010 dan
menjadi gelaran pertama Malaysia untuk peringkat Asia Tenggara.
Piala Malaysia ialah kejohanan bola sepak pertama di Asia
dengan nama Piala HMS Malaya yang
bermula pada tahun 1921. Dalam penganjuran Piala HMS Malaya untuk yang kali
pertama, Kelantan telah memenangi kejohanan ini. Selangor ialah pembimbit gelaran terbanyak dalam sejarah Piala Malaysia.
Pestabola Merdeka, dianjurkan sama seperti Piala Dunia FIFA, ialah kejohanan bola sepak antarabangsa yang dianjurkan untuk memeriahkan
sambutan majlis hari kebangsaan pada bulan Ogos.
Sehubungan
dengan betapa terkenalnya sukan bola sepak yang telah dimainkan oleh berjuta-juta orang di
seluruh dunia, Andrew Caldecott
menubuhkan Persatuan Bola Sepak Malaysia
pada tahun 1920 di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang bagi menggiatkan aktiviti sukan bola sepak dan untuk berusaha bagi melepaskan Tanah Melayu daripada kolonialisme Inggeris dan Jepun. Apabila tiada pertubuhan bola sepak, bola sepak di Malaysia tiada boleh terkenal sehingga
detik ini.
Pertubuhan
bola sepak di Malaysia ialah Persatuan Bola Sepak Malaysia,
yang telah menggalakkan bola sepak sehingga bola sepak telah menjadi sukan awam dan sukan kebangsaan di Malaysia.
SENARAI KEJOHANAN
Kejohanan
bola sepak yang dianjurkan di Malaysia terbahagi menjadi 2 format, iaitu format liga dan
format piala.
format liga
Rencana
utama: Liga Malaysia
- Liga Super Malaysia - tahap teratas Liga Malaysia
- Liga Perdana Malaysia - tahap kedua Liga Malaysia. Kelayakan menuju Liga Super Malaysia, disingkirkan menuju Liga FAM.
- Liga FAM - tahap ketiga Liga Malaysia. Kelayakan menuju Liga Perdana Malaysia, disingkirkan menuju Liga Negeri-Negeri Malaysia.
format piala
- Piala Malaysia - perlawanan format piala berprestij di Malaysia dan tertua di Asia.
- Piala FAM - perlawanan format piala dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia sejak 1952.
- Piala FA - perlawanan format piala yang juga melibatkan PDRM, ATM, dan Sime Darby.
- Piala Emas Diraja
- Pestabola Merdeka - perlawanan format piala untuk memeriahkan sambutan hari kebangsaan.
- Piala Sumbangsih - perlawanan format piala yang merupakan perlawanan pembuka tirai bagi dalam musim Liga Malaysia.
No comments:
Post a Comment